Godzilla yang pernah ditewaskan oleh Oxygen Destroyer sebelum ini perlu berdepan dengan musuh yang lebih mengerunkan Oxygen Destroyer yang kini bernyawa.

Berbeza dengan kebanyakkan musuh Godzilla sebelum ini lebih kepada menunjuk sifat hukum alam. Destroyah mempunyai sifat sadis terhadap mangsanya.

Tidak termasuk media lain , Godzilla hanya berdepan dengan musuh terkuatnya sekali dalam filem Godzilla Vs Destroyah. Kedua makhluk ini tidak dapat keputusan muktamad siapakah pemenang yang sebenar.

Rupa Bentuk.

Destroyah sebenarnya mempunyai lima tahap perubahan bermula dengan hanya sebesar satu sentimeter. Pada saiz ini Destroyah menjadikan hidupan akuatik sebagai santapan.

Dia kemudian berubah menjadi hampir sebesar manusia mempunyai rupa ala-ala labah-labah. Apabila Destroyah tidak mampu menandingi Godzilla mereka bergabung dan menjadi satu pada tahap ketiga.

Pada tahap keempat Destroyah kini mampu untuk terbang dan makhluk ini tidak berkaki hinggalah pada tahap kelima. Tahap paling sempurna dan memberhaya.

By Arckiba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *