Resident Evil atau dikenali sebagai Biohazard adalah sebuah karya Shinji Mikami dan Tokuro Fujiwara. Game ini diinspirasi dari beberapa karya dari pelbagai termasuklah game dari Tokuro Fujiwara sendiri iaitu Sweet Home.

Permulaan Jalan Cerita.

Satu unit khas dikenali S.T.A.R.S Alpha Team telah dihantar selepas komunikasi dengan S.T.A.RS Bravo Team yang dihantar ke Rumah Agam Spencer di Gunung Arklay terputus.

Sebaik sahaja mendarat Joseph Frost terjumpa tangan yang telah terputus, belum sempat dia melakukan apa-apa dia telah menjadi santapan anjing mutasi.

Ahli S.T.A.RS lain lantas membuka langkah seribu dan mencari perlindunggan di dalam rumah agam tersebut. Apa yang berlaku seterusnya bergantung pada watak yang dimainkan.

Pengenalan karekter Chris.

Hanya tiga orang sahaja yang terselamat iaitu Chris Redfild, Jill Valentine dan Albert Wesker. Ketiga-tiga mereka dikejutkan dengan bunyi tembakan pistol.

Chris Redfild lantas pergi lihat apa yang telah berlaku, dia dikejutkan dengan kematian Kenneth J. Sullivan dibunuh mayat hidup. Hanya menggunakan pisau yang ada dia berjaya membalas dendam untuk rakan seperjuangannya.

Namun begitu sebaik sahaja dia kembali ke tempat Jill Valentine dan Albert Wesker untuk memberitahu apa yang telah berlaku, mereka berdua telah tiada.

Pengenalan Karekter Jill

Hanya tiga orang sahaja yang terselamat iaitu Jill Valentine, Barry Button dan Albert Wesker.

Albert Wesker telah mengarah dua rakannya untuk menyiasat lebih lanjut. Jill Valentine dan Barry Button kemudiannya terjumpa darah di sebuah dapur.

Jill Valentine meninggalkan Barry Burton untuk terus siasat darah tersebut dan diserang oleh mayat hidup.

Selepas dibunuh oleh Jill/ Barry. Mereka terdengar bunyi pistol dan apabila mereka kembali ke ruang utama, Albert Wesker telah tiada.

Senarai Penamat

1. Hanya Chris Redfild terselamat. Rumah Agam tidak dimusnahkan dan Tyrant melarikan diri.

2. Hanya Jill Valentine terselamat. Rumah Agam tidak dimusnahkan dan Tyrant melarikan diri.

3. Chris Redfild dan Jill Valentine terselamat. Rumah Agam tidak dimusnahkan dan Tyrant melarikan diri.

4. Chris redfild dan Rebecca Chamber terselamat. Rumah Agam dimusnahkan.

5. Jill Valentinde dan Barry Burton terselamat. Rumah Agam dimusnahkan.

6. Chris, Jill Valentine dan Rebecca terselamat. Rumah Agam dimusnahkan.

7. Chris, Jill dan Barry terselamat. Rumah Agam dimusnahkan.

Gameplay

Permain berpeluang untuk memilih salah satu dari dua watak utama. Walaupun berbeza jalan cerita namun masih mempunyai banyak persamaan. Jill mempunyai karekter yang lebih lemah tetapi boleh simpan lebih banyak item malahan dia mempunyai lockpick yang boleh diguna pada bila-bila masa sahaja. Chris pulak sesuai untuk mereka yang mahukan lebih banyak cabaran.

Ahli Kumpulan S.T.A.R.S

Chris Redfild : Watak lelaki utama, mempunyai tubuh fizikal yang lebih baik tetapi inventori yang kurang.

Jill Valentine : Watak perempuan utama, kemahirannya untuk membuka laci tanpa kunci sangat membantu permainan.

Rebecca Chambers : Hanya muncul untuk Kampen Chris Redfild. Rebecca Chambers adalah seorang pakar perubatan di dalam S.T.A.R.S

Barry Burton : Sering bantu Jill Valentine dalam kesusahan tetapi dia seperti menyembunyikan sesuatu.

Albert Wesker : Pakai Spek mata hitam tengah malam.

Brad Vickers : Juruterbang helikopter, seorang yang pengecut.

Joseph Frost : Antara paling awal kena serang Cerberus.

Richard Aiken : Antara ahli S.T.A.R.S Bravo yang masih hidup ketika dijumpai kumpulan Alpha.

Enrico Marini : Ketua kumpulan Bravo, mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan S.T.A.RS.

Kenneth J.Sullivan : Kamera man tak selamat.

Forest Speyer : Mempunyai kemahiran menembak yang tinggi dan pesaing kepada Chris Redfield malangnya pelancar bom tidak berkesan kepada sekumpulan burung gagak.

Edward Dewey : Turut serta menaiki keretapi bersama Rebecca.

Kevin Dooley : Pemandu helikopter untuk kumpulan Bravo.

Senarai Raksasa

Zombie, manusia yang terdedah dengan T-Virus. Selepas satu tempoh akan menemui ajalndan bertukar menjadi Zombie.

Hunter, senjata khas seperti katak. Mempunyai cakaran yang sangat membahaya.

Cerberus, sekumpulan anjing yang terkena T-Virus.

Gagak, berjangkit daripada mayat atau bangkai yang terkena T-Virus

Plant42, Umbrella cuba membuat ujikaji kepada tumbuhan tetapi menjadi luar kawalan apabila pokok ini mendapat nutrisi daripada aquarium bawah tanah.

Labah-labah gergasi, kesan T-Virus pada haiwan kecil menjadikan saiz mereka berlipat kali ganda.

Chimeras, kacukan antara manusia dan serangga.

Neptune, Umbrella pada asalnya merasa mereka telah berjaya mencipta senjata paling membahaya kemudian baru perasan ikan perlukan air. Entahlah macam ini pun ada.

Yawn, Ular gergasi.

T-002, senjata paling sempurna ciptaan Umbrella Corp walaubagaimanapun agak sukar untuk dikawal.

By Arckiba

Leave a Reply

Your email address will not be published.