Filem arah terbaru Zack Snyder kali membawa kita kepada sebuah dunia pabila manusia hidup di dunia zombie apokalips.

Intro filem ini sememangnya sangat menarik dimana kita disajikan dengan sebuah filem pendek ala prequel malangnya penggunaan font yang huduh merosakannya. Perkara seperti ini tidak patut berlaku kepada seorang pengarah seperti Zack Snyder.

Filem ini terlalu banyak plothole namun begitu masih boleh dimaafkan kerana kemungkinan akan ada sequel atau mungkin prequel dimasa akan datang yang bakal menjawab pelbagai jenis persoalan.

Namun begitu lakonan Dave Bautista sangat kaku. Malahan karekterlistik sebagai watak utama tidak kelihatan di dalam filem ini. Scott Ward seolah-olah tidak peduli akan rakan seperjuanganya dan hanya melihat seorang demi seorang mati. Hanya satu masa sahaja dia menunjuk perasaan amarah apabila rakannya dibunuh.

Plot filem ini juga seolah-olah berkonsepkan ‘Murphy Law’. Kalau keadaan nak jadi buruk ia akan jadi buruk. Misi mereka mungkin hanya mengambil masa lima minit tetapi itulah ………

“Dah pengarah suruh …”

By Arckiba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *